Simple Spiritual

Wisdom is not knowing but realizing!

Siapakah diri anda yang sebenar?


Anda bukan siapa yang anda mempercayai sebagai diri sendiri…

Lelaki, perempuan, kaya, miskin, cantik, kacak, hodoh, cacat, sihat, bodoh, pandai, doktor, penyelidik, jurutera, peniaga, pelajar, polis, askar, guru, murid, menteri, raja, permaisuri, anak sultan, anak menteri, anak jutawan, anak miskin, rakyat, putih, hitam, tinggi, pendek dan beribu-ribu jenis topeng digunakan oleh manusia untuk menutup asalnya.

Topeng-topeng ini hanyalah bersifat sementara dan tiada yang tetap dan nyata di dunia ini. Kamu bukanlah siapa yang kamu mempercayai sebagai diri sendiri. Tujuan utama kehidupan ini hanyalah untuk mencari dan mengenali asal sendiri dan pencipta yang sebenar.

Jangan membazirkan peluang keemasan yang diberikan. Gunakan kehidupan yang diberikan ini dengan sempurna. Walau siapa pun diri anda, anda tetap akan tinggalkan dunia ini. Segala-galanya yang anda kumpul harus di tinggalkan. Kain kapan pun tidak akan menjadi milik anda nanti,segalanya akan ditinggalkan walaupun anda kumpul sebanyak dunia ini.

Kaedah mengenal diri sendiri
Seorang yang ingin mengenali diri sendiri harus mempunyai minat yang mendalam. Mesti memberi komitmen seratus peratus untuk mengenali asalnya dan penciptanya. Berusaha, belajar, melatih dan tunggu dengan kesabaran.


No comments:

Post a Comment