Simple Spiritual

Wisdom is not knowing but realizing!

Kitaran hidup mengikut kepercayaan Agama Buddha


Agama Buddha mempercayai bahawa kehidupan manusia tidak akan berakhir setelah mati. Ia mempercayai bahawa manusia akan “re-Incarnate”, ia itu mati dan lahir semula berulang kali sehingga semua karmanya (tugasnya) selesai. Ramai orang percaya bahawa karma membawa maksud balasan dari perbuatan. Sebenarnya “Karma” bermaksud tindakan dan “Ripaka” bermaksud hasil atau balasan dari perbuatan tersebut.

Karma yang menyebabkan lahir semula tidak semestinya sesuatu yang buruk, karma yang baik juga akan menyebabkan kelahiran semula. Apabila seorang manusia melakukan dosa, dia akan lahir semula untuk menikmati hukuman untuk dosa yang telah dia lakukan, sama seperti itu, manusia yang melakukan banyak pahala akan lahir semula untuk menikmati balasan untuk pahala yang telah dia lakukan.

Kitaran hidup roh mengikut Agama Buddha
Agama Buddha mempercayai perjalanan kehidupan roh bermula daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mempercayai bahawa roh memulakan kehidupannya daripada kehidupan satu akal iaitu tumbuh-tumbuhan. Kehidupan yang berakal satu lahir semula setelah mati sebagai kehidupan berakal dua, di ikuti oleh berakal tiga dan kitaran itu berterusan sehingga kehidupan berakal enam iaitu manusia.

Sebuah roh memulakan kehidupannya sebagai manusia setelah menyempurnakan semua kehidupannya dari satu akal sehingga lima akal sebagai tumbuh-tumbuhan sehingga binatang. Buddha mendakwa ada manusia berperangai sebagai binatang kerana mereka masih menyimpan saki-baki perangai mereka dari kehidupan binatang yang lalu. Selepas kematian, roh manusia akan meninggalkan alam dunia dan pergi ke alam roh. Jika roh tersebut terdapat sebarang baki ikatan karma, roh berkenaan akan hidup di dunia ini sehingga semua karmanya selesai.

Alam Roh
Selepas kematian roh akan masuk ke alam roh dan hidup di sini sementara menunggu kehidupan seterusnya. Jika roh tersebut melakukan banyak amalan baik semasa berada di dunia dan tidak buat sebarang dosa dan tidak mempunyai sebarang ikatan karma dia akan diberi pilihan sama ada tinggal di alam roh, masuk ke syurga atau lahir kembali di dunia. Jika si mati itu pernah melakukan dosa, rohnya akan dimasukkan ke dalam neraka sebagai hukuman. Selepas tempoh hukuman selesai roh itu akan dilahirkan kembali ke dunia ini. Setelah lahir ke dunia ini kitaran kehidupan manusia bermula lagi. Agama Buddha mendakwa roh yang membuat dosa yang besar akan dilahirkan ke dunia ini sebagai binatang yang kotor dan busuk.

Gautama Buddha mendakwa beliau telah hidup lebih 600,00 tahun di dunia ini, dalam beribu jenis kehidupan. Sehingga beliau bersih dari semua karma dan mencapai tahap Nirwana.


No comments:

Post a Comment