Simple Spiritual

Wisdom is not knowing but realizing!

Manusia selalunya tidak suka duduk berseorangan. Jika berseorangan, manusia akan mencuba untuk berhubung dengan seseorang. Kalau tiada siapa untuk berkomunikasi, dia akan mula berhubung dengan telefon bimbit, komputer, permainan elektrik atau sekurang-kurangnya dengan surat khabar. Ada juga orang yang cuba berhubung dengan makhluk halus, roh atau dengan makhluk dari planet-planet lain.

Apabila seorang manusia mula percayakan bahawa segala hubungannya dengan dunia luar terputus, dia terasa seolah-olah telah menjadi gila, dia rasa seolah dipulaukan dan telah gelap dunianya. Manusia benci hidup atau tinggal berseorangan kerana di takut dengan kesunyian.

Manusia suka berkomunikasi dengan segala-galanya kecuali dirinya sendiri, manusia yang cuba berkomunikasi dengan diri sendiri memang jarang dan kurang. Seorang manusia sepatutnya harus berhubung dan mengenali dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum berkomunikasi dan mengenali sesuatu yang lain di dunia ini termasuk Tuhan.

Manusia selalunya berbual dan berkomunikasi dengan manusia lain, binatang, dewa, malaikat, Tuhan, alam semula jadi, roh, hantu, dan bermacam-macam kecuali dirinya sendiri. Ini kerana dia tidak mengenali dan percaya bahawa dirinya wujud. Dia tidak ingin mengenali dirinya sendiri kerana dia tertipu dengan egonya dan alam maya ini.

Setiap orang manusia harus mengenali dirinya dan harus mengenali tujuan kehidupannya. Apabila seorang hidup tanpa mengenali kehidupan ini dan tujuannya, Kehidupannya seumpama seorang yang sesat dalam perjalanan tanpa tempat tujuannya. Dia tidak akan ke mana-mana dan tiada perubahan akan berlaku dalam kehidupannya.

Untuk mengenali diri kita sendiri. Pada mulanya kita harus berbual dan berkomunikasi dengan diri kita sendiri. Kedua kita harus dengar apa yang hati kita cuba khabarkan kepada kita, apa yang alam ini, dunia ini cuba memberitahu kita.

Apa yang kita tahu tentang diri sendiri hanyalah sampah yang kita kumpul dari pengetahuan dan pendidikan. Itu bukan pengalaman dan ia tidak wujud dalam pengetahuan kita. Kita langsung tiada pengalaman atau pengetahuan tentang diri kita sendiri kecuali apa yang telah di didik dan kita belajar dari luar. Kita harus mengenali diri kita dari dalam dan bukan dari orang lain. Kita yang lebih rapat dan mengenali tentang diri kita.

Dengarlah dengan peka setiap bisikan yang anda dengar dari hati. Cuba anda memahami apa yang hati anda, malaikat anda, Guru anda, Tuhan anda sedang membisiki dari dalam diri anda. Apabila anda mula mendengar setiap bisikan dari dalam barulah anda akan di khabarkan segala-galanya tentang diri anda dan rahsia alam ini. Hanya seorang yang cuba berkomunikasi dengan dirinya sendiri dapat berkomunikasi dengan Tuhannya.

Apabila seorang menghormati bisikan hatinya dan mendengarnya, dia akan diberikan panduan dari dalam, semua soalannya dan semua masalahnya akan terjawab dari dalam. Sebaliknya jika seseorang mengabaikan bisikan hatinya dia akan terputus hubungan dengan alam roh dan Tuhannya. Dia tidak akan dapat sebarang keterangan dan panduan kehidupan. Dia juga akan terputus segala pertolongan dan panduan dari dalam dirinya.

Anda bukan siapa yang Anda percaya bahawa diri Anda..!


Seorang cikgu atau seseorang yang mengajar anak muridnya digelar guru dalam bahasa melayu. Tetapi perkataan Guru bukanlah membawa maksud pengajar, pendidik, cikgu atau pun “teacher” . Perkataan Guru berasal dari bahasa Sanskrit dengan hasil gabungan dua buah perkataan iaitu “Gu” dan “RU”.

Perkataan “Gu” dari bahasa Sanskrit bermaksud gelap, kegelapan, kesesatan dan sebagainya dan perkataan “Ru” dari bahasa Sanskrit bermaksud cahaya, keterangan, kebenaran, lurus dan sebagainya.

Guru merupakan seorang manusia yang membawa anak muridnya daripada kegelapan kepada keterangan. Guru merupakan seorang yang membawa seseorang yang berada dalam kesesatan ke jalan yang benar, lurus dan ke jalan yang penuh dengan cahaya Ilahi.

Ramai manusia memperkenalkan dirinya sebagai seorang Guru rohani, tetapi mereka hanya menambahkan sampah didalam hati dan minda pengikut mereka. Mereka memaksa pengikutnya menerima apa yang mereka menganggap sebagai betul dan benar. Seorang guru yang sebenar tidak akan mengajar anak muridnya. Seorang guru yang sebenar tidak akan memberikan jawapan, Beliau hanya akan memberikan soalan dan memperkenalkan kaedah mencari jawapan.

Seorang Guru yang sebenar hanya akan memperkenalkan kaedah untuk mengenal diri sendiri dan tidak akan memenuhi akal murid dengan sampah pengetahuan. Guru yang sebenar akan membenarkan muridnya berfikir dan memberi peluang kepada muridnya untuk mengenali diri mereka dengan kaedah mereka yang tersendiri tanpa memaksa mereka menerima ajarannya.

Seorang Guru rohani yang sebenar tidak akan menunjukkan siapakah diri beliau tetapi Guru yang sebenar hanya akan menunjukkan Siapakah diri anda yang sebenar.

Buddha bertitah : "Saya tidak membawa sebarang ajaran untuk anda, Dan saya tidak mengajar sesuatu kepada anda, Lihatlah apa yang saya lakukan, Lihatlah kaedah hidup saya. Kalau anda berminat cubalah ... Kalau Anda rasa saya salah, Tinggalkan dan carilah jalan anda sendiri"

Perkataan rohani wujud daripada perkataan asas roh yang mana menjadi bahan asas setiap orang manusia. Tanpa roh, manusia hanyalah sebuah mayat. Manusia bukanlah seketul daging yang disalurkan dengan kulit dan diisi dengan tulang dan darah. Tetapi seorang manusia lebih mulia dan bernilai daripadanya. Badan manusia hanyalah sebuah rumah tumpangan yang sementara, Kita pasti akan meninggalkan badan ini suatu hari nanti. Selepas menggugurkan badan ini, baki yang tinggal Itulah roh dan kaedah mengenali roh itu dikenali sebagai rohani.

Ilmu rohani merupakan ilmu yang menunjuk ajar, kaedah mengenali asal usul manusia, kehidupan, dunia, galaksi dan asal usul semua benda yang kita lihat hari ini. Ia memberikan sebuah kaedah atau mengajar langkah-langkah untuk mengenali asal usul kita yang sebenar. Ilmu rohani bukanlah sebuah ilmu yang turun dari planet lain atau ilmu hanya untuk kegunaan orang tertentu. Ilmu ini wujud dari awal manusia diciptakan; untuk kegunaan semua orang yang ingin mencari kebenaran.

Rohani merupakan aktiviti asas manusia yang telah manusia lupakan. Roh merupakan badan tenaga asal yang wujud pada setiap orang manusia. Malangnya ramai yang telah lupa tentangnya. Tenaga asas ini wujud pada setiap orang manusia dan binatang yang hidup di dunia ini tetapi manusia tidak sedar wujudnya sebuah tenaga sebegini atau tidak mengenali kaedah mencapainya.

Ilmu rohani tiada agama, bangsa, bahasa atau kaum. Semua jenis latihan rohani akan membawa manusia ke destinasi yang sama. Hanya nama bagi latihan rohani akan berbeza mengikut tempat latihan tersebut di amalkan. Dengan hanya beberapa latihan mudah setiap manusia mampu mencapai tahap yang tinggi dalam rohani.


Ramai manusia suka membela burung sebagai haiwan peliharaan. Burung akan dikurung dalam sebuah sangkar dan segala keperluannya dijaga oleh tuannya. Burung akan dibela dan dijaga dengan cermat; Ia akan diberikan buah-buahan, biji-bijirin dan air yang bersih sebagai makanan. Sangkarnya akan dibersihkan dan burung tersebut akan dipelihara dengan teliti. Burung tersebut tidak perlu melakukan sesuatu untuk meneruskan kehidupannya, segala keperluannya akan dipenuhi oleh majikannya.

Dengan hanya menyediakan sangkar yang terhias dan makan minum yang secukupnya, Adakah burung tersebut akan suka kepada kehidupan sebegitu ? Adakah burung tersebut akan suka dikurung ?. Sudah tentu tidak!. Burung tersebut pasti akan inginkan kebebasan!.

Burung pasti akan inginkan kepada kebebasan, Ia suka terbang dengan bebas ke mana sahaja tanpa batasan. Sangkar bukan rumah sebenar burung, rumah sebenarnya ialah hutan dan alam semulajadi. Ia akan terbang dengan bebas, bergaul dengan burung sejenisnya, Ia bebas melakukan apa sahaja tanpa batasan.

Tiada suatu benda yang dapat memuaskan hati burung tersebut tanpa kebebasan. Akan tetapi burung yang sudah lama hidup dalam sangkar atau dibela dari kecil didalam sangkar; akan tertarik dengan situasi dan kehidupan tersebut. Ia tidak akan mencuba untuk melepaskan diri dari sangkar tersebut walaupun pintu sangkarnya terbuka. Burung tersebut tidak akan mengenali keindahan hutan dan alam semula jadi. Jika burung tersebut mengenalinya, Ia pasti akan melakukan apa sahaja untuk membebaskan diri dari sangkar berkenaan dan akan memperolehi kebebasan.

Kebanyakan manusia sedang hidup seumpama burung berkenaan. Mereka tidak ingin melepaskan diri dari dunia ini walaupun banyak peluang diberikan. Mereka tidak ingin melepaskan diri dari dunia ini kerana mereka tertipu dengan hawa nafsu mereka dan tertipu dengan keindahan dunia ini. kehidupan kita sekarang boleh dikatakan seumpama seekor burung yang tertarik dengan kehidupan sangkar, hanya kerana beberapa butir padi yang diberikan. Burung menggadaikan kebebasannya sebagai gantian.

Ramai dari kita tidak sedar bahawa kehidupan ini hanya seumpama mimpi dan tidak sedar bahawa kita sudah tersesat di dunia ini.

Seorang manusia tidak akan berpuas hati dengan apa sahaja yang diberikan kepadanya dari dunia ini, Kalau segala keindahan di dunia ini diletakkan dibawah tapak kakinya; Dia tetap akan mencari lagi di planet lain. kita tidak dapat memuaskan hati manusia kerana keindahan sebenar yang hati sedang mencari tidak terdapat di dunia ini. Apa yang sebuah hati manusia sedang mencari bukanlah keindahan tetapi kebebasan.

Apabila seorang manusia faham dan mengenal erti kebebasan yang sebenar dia akan mula melepaskan dirinya dari dunia ini. Dia akan memulakan perjalanan menuju kehidupan yang nyata dan sebenar.

Janganlah hidup sebagai seekor burung dalam sangkar, bebaskanlah diri anda dari ikatan dunia ini. Setelah Kita membebaskan diri dari dunia ini barulah kehidupan sebenar kita akan bermula.

Agama Buddha mempercayakan bahawa kehidupan manusia tidak akan berakhir setelah mati. Ia mempercayakan bahawa roh manusia akan (re-Incarnate), Iaitu mati dan lahir semula berulang kali sehingga semua karmanya (tugasnya) selesai. Karma bermaksud perbuatan dan hasil balasan bagi perbuatan tersebut digelar ripaka.

Ramai pengikut agama Buddha dan agama Hindu mempercayakan bahawa hanya manusia yang melakukan kejahatan akan lahir semula. Ini sebuah kepercayaan yang salah kerana yang menyebabkan kelahiran semula adalah hasil karma (hasil perbuatan). Apa sahaja yang manusia melakukan akan dibalas dengan sesuatu yang sama nilai dengannya. Manusia yang melakukan kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan manusia yang melakukan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan. Oleh itu, sama ada manusia melakukan kebaikan atau kejahatan dia perlu melahirkan diri sekali lagi untuk menikmati apa yang dikumpul olehnya.

Kitaran hidup manusia mengikut Agama Buddha
Agama Buddha dan Agama Hindu mempunyai banyak persamaan dan salah satunya adalah kaedah kewujudan makhluk dan kitaran kehidupan roh. Agama Buddha mempercayakan bahawa kehidupan manusia atau pun kitaran kehidupan roh bermula dari satu akal. Iaitu makhluk yang hidup sebagai manusia pada hari ini; telah memulakan kehidupannya sebagai makhluk satu akal iaitu tumbuh-tumbuhan.

Roh telah memulakan kehidupan didunia ini sebagai pelbagai rumput rumpai dan mengumpul ilmu dan majukan dirinya kepada dua akal, kepada tiga akal dan sehingga ke enam akal sebagai manusia. Roh yang sedang hidup sebagai manusia hari ini akan belajar dan mengumpul ilmu; dan majukan dirinya kepada akal atau kehidupan yang seterusnya. Kematian hanyalah sebuah transformasi roh yang menuju ke kehidupan seterusnya.

Roh yang telah melalui pelbagai jenis kehidupan akan menyimpan saki baki dari kehidupan sebelumnya; oleh sebab itulah manusia wujud dalam pelbagai sifat dan perangai. Kematian bukan sebuah pengakhiran, selepas kematian roh manusia akan menuju ke alam roh. Roh yang telah mencapai alam roh akan dihitung dan diberikan alam seterusnya bergantung kepada apa yang telah mereka kerjakan semasa berada di bumi. Roh tersebut mungkin akan hidup di alam roh, kembali ke bumi, masuk ke syurga, masuk ke neraka ataupun akan hidup di planet yang lain.

Roh yang lahir kembali ke bumi tidak semestinya lahir kembali sebagai manusia. Kebanyakan roh akan lahir kembali sebagai manusia tetapi segelintir daripada roh yang pernah lahir sebagai manusia akan lahir sebagai haiwan sebagai hukuman. Selepas tempoh hukuman selesai roh berkenaan akan lahir kembali sebagai manusia.

Alam Roh
Selepas kematian roh akan masuk ke alam roh dan tinggal di sini sementara menunggu kehidupan seterusnya. Jika roh tersebut melakukan banyak amalan baik semasa berada di dunia dan tidak buat sebarang dosa dan tidak mempunyai sebarang ikatan karma dia akan diberi pilihan sama ada tinggal di alam roh, masuk ke syurga, hidup di planet lain atau lahir kembali di dunia. Jika si mati itu pernah melakukan dosa, rohnya akan dimasukkan ke dalam neraka sebagai hukuman. Selepas tempoh hukuman selesai roh itu akan dilahirkan kembali ke dunia ini. Setelah lahir ke dunia ini kitaran kehidupan manusia bermula lagi. Agama Buddha mendakwa roh yang membuat dosa yang besar akan dilahirkan ke dunia ini sebagai binatang yang kotor dan busuk.

Goudama Buddha mendakwa beliau telah hidup lebih 600,00 tahun di dunia ini, sebagai beribu jenis kehidupan. Sehingga beliau bersih dari semua karma dan mencapai tahap Nirvana.

Saya nampak bayangan putih, bayangan hitam, cahaya melayang, api melayang, nampak asap, manusia tanpa kepala dan beratus jenis definisi diberikan bagi kategori makhluk halus.

  • Sebenarnya apa itu makhluk halus?.
  • Hantu? Jin? Syaitan? Roh? atau lain dari semua di atas?.

Biasanya orang Melayu mempercayakan golongan jin, setan dan roh orang yang meninggal dunia sebagai hantu atau makhluk halus. Orang India dan cina mempercayakan bahawa roh orang yang meninggal dunia secara terseksa dan dewa-dewi yang jahat adalah hantu. Orang-orang negara barat pula mempercayakan bahawa roh manusia yang meninggal dunia dan “angel” yang jahat menjadi hantu. Secara amnya semua orang mempercayakan bahawa manusia yang mati kerana kemalangan, dibunuh, bunuh diri, berpenyakit atau mati pada usia muda akan menjadi hantu dan merayau tanpa tenteram. Bukan semua manusia yang mati kerana kemalangan, bunuh diri, dibunuh, berpenyakit atau mati pada usia muda akan menjadi hantu atau roh yang tidak tenteram.

Hanya roh orang yang mati tanpa tenteram atau mati sebelum sesuatu hajatnya dapat ditunaikan, merayau dan digelar hantu. Biasanya roh yang melepaskan badan tidak dapat menerima bahawa dia sudah mati dan tidak dapat memiliki apa yang diingini. Ada roh yang tidak sedar atau sesat tak tentu hala. Roh yang tidak memahami bahawa dia sudah melepaskan badannya akan mencuba untuk memasuki kembali ke badannya, kadang-kadang mereka akan cuba berkomunikasi dengan ahli keluarganya. Sebab inilah selalunya orang kata, nampak roh orang mati semasa menguruskan mayat dan semasa mengadakan bacaan doa .

Sebab inilah Islam mengarahkan umatnya untuk menguruskan mayat secepat mungkin dan menanamnya dengan cepat supaya roh mayat tersebut sedar bahawa dia sudah mati dan harus menuju ke destinasi seterusnya.

Apabila seseorang manusia bersendirian dan hatinya dalam ketakutan; Dan jika dia mula membayangkan sesuatu sebagai wujud dan mungkin mengganggu dirinya. MIndahnya akan mula menghasilkan rupa yang dipercayayi oleh orang berkenaan sebagai hantu. Minda menghasilkan rupa berkenaan kerana orang berkenaan terlalu yakin dengan rupa bentuk tersebut.

Pada kebanyakan masa hantu yang orang maksudkan atau makhluk halus yang sering dilihat oleh orang adalah, makhluk yang dihasilkan oleh minda mereka sendiri. Sebenarnya makhluk halus yang dilihat orang tidak wujud didalam kenyataan, tetapi minda mereka akan menghasilkan sebuah khayalan atau perasaan untuk memuaskan hati orang tersebut.

Setiap manusia mempunyai sebuah kelebihan yang sangat istimewa iaitu kebolehan untuk menghantar pesanan ke alam semulajadi. Apabila seorang manusia kerap berfikir tentang sesuatu atau kerap menonton, mendengar, membaca atau berbual tentang sesuatu perkara; mindanya akan menghantar pesanan berkenaan perkara tersebut, ke alam semulajadi dan mencari benda dan perkara yang berkaitan dengannya. Bukan sahaja manusia tetapi haiwan dan makhluk halus pun mempunyai kebolehan untuk menghantar dan menerima pesanan dari alam.

Sebuah talian dan hubungan akan diwujudkan di antara kita dengan perkara yang sering kita fikirkan. Hubungan itu mungkin secara zahir atau batin. Apabila seseorang selalu berfikir, berbual, menonton atau mendengar sesuatu tentang hantu atau makhluk halus. Secara tidak langsung dia akan menarik hantu dan makhluk halus ke dalam kehidupannya. Seorang yang sering berfikir tentang hantu atau makhluk halus akan selalu terserempak dengan hantu atau makhluk halus yang lain.

Biasanya orang akan bertemu dengan dua jenis makhluk halus; iaitu makhluk halus sebenar dan makhluk halus ciptaannya sendiri. Makhluk halus sebenar yang selalu terserempak ialah roh orang yang mati kerana penyakit, kemalangan, mati pada usia muda dan roh orang yang mati dibunuh atau bunuh diri. Hantu ciptaan sendiri ialah sebuah rupa bentuk yang dipercayai hantu oleh dirinya sendiri. Mindanya akan menghasilkan sebuah rupa atau bayangan mengenai hantu dan makhluk halus yang dipercayai sebagai hantu oleh dirinya sendiri.

Katakanlah seorang percaya bahawa rupa hantu ialah seperti berikut ; seorang perempuan muda, mukanya cantik, bergigi taring, badannya rapi, berpakaian serba putih dengan rambut yang panjang. Mindanya akan menghasilkan sebuah rupa seperti itu dan akan tunjuk kepadanya atau mindanya akan mengujudkan sebuah perasaan dan pengalaman seperti dia terserempak dengan sebuah makhluk dengan rupa di atas. Selalunya ramai yang terserempak dengan makhluk halus ciptaan mindanya sendiri kerana makhluk halus sebenar tidak akan mengganggu atau masuk ke dalam kehidupan seseorang manusia tanpa sebarang sebab.

Saya tulis artikel ini untuk memberi amaran kepada anda yang berminat dengan hantu kerana banyak roh dan makhluk halus berkeliaran di dalam bilik saya ketika saya berfikir, membaca atau menulis sesuatu tentang makhluk halus. Jika anda tidak ingin makhluk halus masuk ke dalam kehidupan anda, Jangan selalu berfikir, membaca atau berbual tentangnya. Anda boleh menonton, mendengar, membaca atau berbual tentang makhluk halus tetapi jangan keterlaluan.

Kita bukan hidup bersendirian di bumi ini. Berjuta jenis spesies yang kita kenal dan tidak kenal mengongsikan dunia ini dengan kita. Di hidupan harian, kita bertemu dengan pelbagai jenis manusia dan haiwan. Mereka mempengaruhi kehidupan harian kita. Satu lagi spesies yang mempengaruhi kehidupan harian kita adalah makhluk halus. Walaupun kita tidak dapat melihat mereka dengan mata kasar dan tidak dapat menyedari kehadiran, mereka tetap hadir kedalam kehidupan kita dengan pengaruh yang kuat.

Makhluk halus tidak semestinya mengganggu dan merosakkan kehidupan kita; Sebaliknya kadang-kadang mereka akan membantu kita. Walau bagaimana pun kehadiran makhluk halus dalam kehidupan, keluarga atau kediaman, tetap tidak berapa baik. Saya mengongsi beberapa kaedah untuk mengelakkan dari menarik perhatian makhluk halus dan kaedah mengelak gangguannya.

Kaedah makanan
1. Jangan makan makanan yang di sembahyangkan atau makanan yang ditawarkan kepada makhluk halus atau dewa.
2. Jangan makan makanan yang kotor atau berbau
3. Jangan makan daging binatang yang mati dengan sendiri
4. Jangan makan buah-buahan dari pokok orang lain tanpa kebenaran
5. Jangan makan daging mentah yang berdarah
6. Cucikan tangan dengan sabun atau pakai bedak jika makan daging pada waktu malam

Tingkah laku & Perangai
1. Jangan cakap besar, sombong
2. Jangan marah atau kurang ajar
3. Jangan buang air di sungai, kolam, bawah pokok atau rumah usang
4. Jangan minum arak
5. Jangan hisap dadah, benda yang memabukkan
6. Jangan duduk bawah pokok yang besar pada waktu malam
7. Jangan lepak di rumah usang atau bangunan yang tiada penghuni
8. Jangan tonton wayang hantu semasa bersendirian di rumah
9. Jaga kebersihan diri sendiri
10. Jaga kebersihan rumah, bilik tidur dan tandas
11. Jangan simpan patung atau gantung gambar di dalam rumah
12. Jaga tingkah laku apabila menziarahi hospital, rumah mayat, rumah yang berlaku kematian dan di rumah orang yang tidak dikenali.
13. Jangan melangkah, menendang atau mengganggu tempat atau barang yang disembahyangkan.
14. Jangan sering berbual tentang orang yang telah meninggal dunia.
15. Jangan minta pertolongan dari orang yang telah meninggal dunia, walaupun saudara sendiri.
16. Jangan mengutip barang yang tidak kenali dari tepi jalan.
17. Jangan mengutip barang atau duit yang dihasilkan dari tembaga. Jangan menerima barang atau duit tembaga dari orang yang tidak kenali.
18. Cucikan muka, tangan dan kaki atau mandi selepas menziarahi mayat.
19. Cucikan muka, tangan dan kaki atau mandi setelah balik hospital / tanah kubur
20. Sentiasa percaya kepada Tuhan dan diri sendiri.

Pada zaman dahulu makhluk halus tinggal di dalam hutan yang tebal, gunung-ganang, gaung, bukit, kolam, sungai, pokok yang besar dan sebagainya. Mereka tidak tinggal di kawasan yang ada pergerakan manusia. Energi yang keluar dari badan manusia tidak menyenangkan mereka, Ini menyebabkan makhluk halus tinggal berasingan dari manusia.

Pada zaman serba moden ini kediaman mereka telah dimusnahkan diatas nama kemajuan. Makhluk halus telah kehilangan tempat tinggal dan mereka terpaksa berpindah ke bandar dan mengongsi kediaman dengan manusia. Kebanyakan dari rumah kita telah didiami makhluk halus, tetapi kita tidak menyedarinya kerana mereka hanya menumpang di situ tanpa sebarang niat yang buruk.

Kita tidak perlu panik atau takut terhadap penyataan tersebut kerana tiada suatu tempat di bumi ini tanpa mereka. Makhluk halus hanyalah sebuah kehidupan sama seperti kita. Di sini saya menyatakan beberapa tempat yang suka dihuni makhluk halus.

Tempat yang suka dihuni makhluk halus di dalam rumah
• Bilik yang gelap selalu
• Bilik yang tidak digunakan untuk masa yang panjang
• Dapur yang sangat kotor dan berbau busuk
• Tandas yang sangat kotor dan berbau busuk
• Tempat yang sangat kotor dan berbau busuk
• Di atas siling yang gelap
• Bilik tidur yang kotor dan berbau busuk
• Di dalam patung yang besar
• Di dalam gambar yang lama

Tempat yang makhluk halus suka tinggal
• Pokok-pokok yang besar
• Tempat yang gelap
• Bangunan yang tiada penghuni
• Rumah pelacuran
• Tempat maksiat
• Kedai arak
• Tempat minum arak
• Tempat buang sampah
• Tempat sisa makan dibuang
• Bangunan yang usang

Makhluk halus tidak suka dan tidak akan menguni di tempat yang bersih dan suci. Mereka hanya suka kepada tempat yang gelap, kotor, dan berbau busuk.

Kadang-kadang kita dapat terhidu bau wangi atau bau busuk tanpa sebarang sebab. Jika kita terhidu pada waktu malam; itu mungkin sebuah tanda kehadiran makhluk halus. Biasanya orang akan terhidu bau sebegini semasa jalan bersendirian di tempat yang sunyi atau semasa bersendirian di rumah.

Bau wangi yang biasa dihidu ialah bau bunga melati, bunga mawar, bunga tanjung, kayu gaharu, minyak wangi dan sebagainya. Bau busuk yang biasanya dihidu ialah bau bangkai, bau mayat, bau hangit, bau najis dan sebagainya. Bau seperti ini dikeluarkan oleh makhluk halus yang hadir di berhampiran kita supaya kita memahami dan mengenali kehadiran mereka.

Kadang-kadang kita akan terhidu bau wangi atau busuk yang berkaitan dengan makhluk halus yang hadir atau tempat tinggalnya. Contohnya: bau buah-buahan, bau pokok, bau air kolam, bau rokok, bau makanan dan sebagainya. Bau-bauan tersebut adalah salah suatu kaedah yang digunakan oleh makhluk halus untuk berhubung dengan manusia.

Bau-bauan ini tidak bermaksud untuk mengganggu anda. Tetapi hanya untuk memberi amaran atau kenalkan kepada anda bahawa MEREKA Hadir di sisi anda.

Jika anda terhidu bau seperti ini, anda tidak perlu takut, Hanya buat tak tahu sahaja. Apabila anda tidak melayani MEREKA, mereka tidak akan mengganggu atau tidak akan mencuba untuk berhubung dengan anda.

Pernah Anda terhidu bau tanpa sebab pada waktu malam?.

Tidak semua manusia dapat dirasuk oleh makhluk halus, tetapi hanya segelintir manusia yang mempunyai beberapa nilai kurang baik, mudah dirasuk makhluk halus.

Biasanya hantu, roh dan makhluk halus lain merasuk ke diri seseorang manusia untuk memenuhi kehendak dan mencapai keinginannya. Oleh itu mereka hanya akan memilih manusia yang mengamalkan kaedah hidup yang di inginkan oleh makhluk halus tersebut dan menghuni di dalam badannya.

Apabila diri seseorang telah dirasuk makhluk halus, dia tidak dapat meninggalkan perangai buruknya dengan mudah kerana makhluk halus atau lebih dikenali sebagai syaitan tidak akan melepaskan diri manusia tersebut. Syaitan itu akan mendorong dan menghasut manusia tersebut untuk memenuhi nafsu syaitan atau hantu tersebut.

Manusia yang mudah dirasuk atau disayangi makhluk halus.
1. Manusia yang bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan. bojan, bohsia dan mat rempit.
2. Perempuan yang melacur dan pelanggannya.
3. Orang yang minum arak, hisap dadah atau mengunakan bahan yang menyebabkan minda tidak stabil.
4. Orang yang suka main judi.
5. Orang yang mempunyai sifat-sifat yang kurang baik seperti pemalas, penakut, membohong, menipu, pengotor dan sebagainya.
6. Orang yang tidak mempercayakan kepada Tuhan atau kuasa mutlak.
7. Orang yang sering makan, minum atau tidur dengan terlalu banyak.
8. Manusia yang makan atau minum darah binatang.
9. Manusia yang sering aktif bergerak pada waktu malam.

Tenaga (energi) merupakan bahan bakar asas bagi badan manusia. Badan manusia mempunyai beratus-ratus tempat simpanan tenaga. Tempat simpanan tersebut digelar chakra dalam bahasa Sanskrit. Walaupun kita makan makanan untuk mendapatkan tenaga, badan akan mengeluarkan semua makanan yang kita makan pada hari berikutnya. Badan hanya akan menggunakan tenaga yang terhasil dari makanan tersebut.

Setiap organ dan anggota badan kita mempunyai chakra yang berkaitan demi menyimpan tenaga dan berfungsi dengan baik. Apabila tenaga di sesebuah organ rosak atau tidak mencukupi organ tersebut akan rosak, dan jatuh sakit.

Apabila tenaga berkurangan didalam chakra, organ atau anggota badan, Ia akan menyerap dari tempat simpanan tenaga induk, iaitu chakra. Terdapat tujuh lokasi simpanan tenaga induk di badan manusia dan berikut adalah senarai dan lokasinya.

Tujuh chakra tersebut dan kedudukannya di dalam badan:
7. Sahasrara - Di atas kepala (Tidak tercantum dengan kepala)
6. Ajna – Di tengah-tengah dua biji mata / Dahi
5. Vishuddha - Leher
4. Anahatha - Tengah-tengah Dada
3. Manipuraga - Atas pusat / bawah dada
2. Svadhisthana - Bawah pusat
1. Muladhara - Di tulang belakang paling bawah